Thursday 21 July 2011

jodoh pertemuan di tangan Tuhan

assalamualaikum.





saya sebenarnye seorang kanak-kanak noob di sekolah dulu. waktu tu, umur saya lebih kurang 12 tahun la. kawan-kawan sekeliling saya hampir semua nya dah berpengalaman dengan what-so-called 'love'. kebanyakannya ada 'couple'. even kawan baik saya sendiri. dah agak-agak bosan dengan Mamat A, tukar pula kepada Mamat B. haih. macam tukar pakaian pulak kan. okay balik pada saya, kanak-kanak noob yang tak tahu langsung apa itu cinta. betul, memang saya tak tahu. bila saya tanya sorang kawan saya ni, couple tu apa? couple tu macam mana? kamu semua cinta orang tu , lepas tu cinta dengan orang lain pulak. is that normal? macam tu ke sebenarnye cinta? nak tahu apa jawapan yang saya dapat? " kau ni noob lah! cinta pun tak tahu. tu lah, ada orang minat kau, kau tak layan. kan dah tak tahu. "


saya tahu lah couple tu pasangan. tapi macam tu ke yang perlu kita semua ni buat bila bercinta? maksud saya, bertukar-tukar pasangan macam kawan-kawan saya tu. bagi saya kalau saya bercinta nanti, saya nak cinta yang tulus, yang ikhlas, dan cinta yang betul-betul dari lubuk hati, yang tak boleh ditukar ganti. tapi saya tahu, kita hanya boleh merancang , Tuhan yang menentukan. sebab , jodoh pertemuan di tangan Tuhan. jadi maaf kan lah kanak-kanak noob ni. dia memang ketinggalan jauh berbatu-batu dibelakang berbanding kawan-kawan yang lain, tapi ketahuilah kanak-kanak noob ni mempunyai hati yang besar, yang tulus,  yang suci, dan khas untuk seorang jejaka yang bertuah satu hari nanti. insyaAllah. 







thank you for reading.

No comments:

Post a Comment