Thursday 24 May 2012

luahan hati


assalamualaikum.



all this while, dalam ape jua yang saya lakukan, saya akan cuba buat yang terbaik. memang, we can't win all hearts but ape salah nya kalau kite put 110% efforts untuk setiap keje yang kite buat kan? sekurang - kurangnya tunjuk la yang kite ni did everything willingly and sincerely. tak rugi kot kalau kite berkorban sikit mase demi mendapatkan satu hasil yang terbaik. ape yang susah sangat kalau keje yang kite kene buat tu same je dengan ape yang orang lain buat.. contohnya kalau buat assignment kan, tak de alasan untuk kite lari daripada buat assignment tu sebab kawan - kawan lain pun kene buat jugak. betul tak?


ini cerita tadi. saya bukan nak menjaja cerita ni, tapi sekadar untuk luahkan segala yang terbuku dihati. juge mungkin bole jadi pengajaran buat diri sendiri dan juga dia..dalam minggu ni, bole dikira kot berape jam je saya dapat tidur nyenyak. dan hampir setiap hari dalam minggu ni saya tidur dengan laptop masih on lagi. ye.....sebab saya sibuk! sibuk sangat.. busy dengan keje - keje yang perlu disiapkan. saya tidur lewat. tapi kene bgn awal pagi untuk pegi kelas. saya korban waktu tidur saya. saya korban waktu enjoy saya. nak study pun kene curi2 mase. segala keselesaan hidup, saya tolak tepi. kadang - kadang tu, makan pun tak sempat. tapi saya tak ponteng kuliah pagi - pagi. saya tak ponteng tutorial class. discussion saya pegi. meeting pun saya tak miss.


tapi dalam sibuk - sibuk, saya tetap CUBA utk beri komitmen yang tinggi utk selesaikan keje - keje mcm assignments, fieldwork, presentations and what not. penat. penat sangat hanya Tuhan je yang tau. malam tadi, saya habis kan malam saya dengan siapkan assignment Fiqh Qadha'. ye betul saya akui, saya baru start buat lepas maghrib dan terus buat sampai siap dan saya puas hati. puas hati sebab segala effort dah dilepaskan utk assignment ni. nampak macam pemalas sebab buat last minute?? tidak sama sekali okay. oleh kerana, saya lebih berikan komitmen untuk subjek Moot Court dan persiapan untuk Mock Trial minggu depan, assignment pun terpaksa la dibuat last minute. bukan satu je ye saya kene buat malam tadi... kul 4 pagi tadi saya siap and terus emel kepada dia yang bertanggungjawab utk combine assignment tu, at the same time saya kene buat slide utk orang and saya kene ready utk presentation esok nye pulak, which is today.


tapi, Allah mungkin nak menguji. jadi Dia turunkan ujian buat saya. kat kelas tadi, macam - macam perasaan ade. nak marah, ngamuk, kecewa....nak tau sebab ape? sebab assingment Fiqh Qadha' yang dihasilkan tak memuaskan..SANGAT TAK MEMUASKAN. tu tanggungjawab dia utk setelkan benda yang simple sgt tapi tu pun dia tak boleh buat. saya tak kate saya bagus sangat, cume ini kerja kumpulan. so setiap ahli kumpulan kene la bertanggungjawab utk cuba hasilkan kerja yang terbaik kan. yang buat saya marah n kecewa, dia tak cuba langsung....mane effort dia? kalau rujukan pun takde...kesimpulan pun xde... GERAM tau tak.. she might be a good friend of mine, but, it doesn't meant she didn't have to do her works perfectly. and it doesn't meant i can't be mad at her. padahal kerja dia paling sikit kot. and setiap ape yang dia kene buat saya dah bagitau satu - satu and terangkan kat die, saya dah carikan dia bahan...tapi ini yang saya dapat? 


alasan nye busy. habes tu yang saya tak tidur malam tu tak pe? kelas tu petang.. saya emel kat die kul 4 pagi. sepanjang siang tadi sampai la pukul 4 petang tu tak de ape - ape kelas. so, mane lojiknye kalau die kate tak sempat nak setelkan menda small the pieces macam tu. saya tau semua orang busy sekarang. ingat kau sorang?? tapi saya tak mampu nak kate apa - apa tadi. masing - masing dah besar. dah bole fikir. tak kan sume benda nak kene bagitau? tak kan sume benda saya nak fikir untuk dia? kita dah tahun 3 sekarang. tinggal satu semester lagi je nak hidup kat uni ni. senyum je yang terukir kat wajah saya tadi. dia kawan saya. sebab tu payah nak tegur kalau salah. sebab saya tau saya bukan selalu nya betul. 


here's a simple but powerful rule....
always give people more than they expect to get..


tu lah ayat yang selalu saya ingat dan pegang. at least, kalau kita buat sesuatu tu, buat la dengan bersungguh - sungguh. kite tak bole nak buat semua orang puas hati, tu memang betul . tapi sekurang - kurangnya bila tengok usaha yang kita dah lakukan untuk sesuatu benda tu, orang pun pasti akan hargai kerja kita. 



i might not be a good person. but, what for being good if you can be better. right? think about it.



Monday 21 May 2012

accept good and bad of myself and everything around me


assalamualaikum.



hari ni saya belajar untuk menerima. menerima setiap apa yang Allah kurniakan untuk diri saya dengan ikhlas. memang, kadang - kadang saya lupa, setiap apa yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya. jadi saya merungut, marah, kecewa.... tapi day by day saya belajar untuk berfikir dan terima semuanya yang dah ditentukan olehNya. kita kan hanya merancang. tapi Tuhan yang menentukan. mana - mana saya pergi, apa pun yang saya lakukan, saya tak pernah lupa kata - kata ni.


kadang - kadang rasa cemburu kat orang lain yang ada hidup yang sempurna, bahagia, dapat semua yang diimpikan... tapi saya tau diri saya.. mungkin kalau saya dapat semua tu saya jadi angkuh lagi bongkak. who knows. but Allah knows best. Allah tau apa yang terbaik buat saya. 





Alhamulillah :)

cerita baru

assalamualaikum.



saya dah 21 tahun lebih.. lagi sebulan nak mencapai umur 22 tahun. dan dah tiga tahun juga berlalu nya kisah saya dan Gigi Besi. semua pahit manis pun saya dah lupakan. sekarang ni, saya cume ingin berusaha untuk kebahagiaan diri yang saya cari selama ni. maaf tak dapat nak teruskan cerita cinta pertama saya sebab kesuntukan masa. saya sekarang ni dah bertambah sibuk dengan urusan hidup. ya, duniawi semata. maksud saya ; study, life and stuff. dan juga yang paling penting, sibuk dalam usaha mengumpul kebahagiaan dunia akhirat.


ini entry pertama untuk tahun 2012, setelah sekian lama saya tak menjenguk blog ni, diary alam maya yang setia menyimpan cerita hidup saya. banyak perkara yang saya dah terlepas untuk kongsi disini. banyak benda yang nak diluahkan. cuma tak tahu nak mula dari mana.




terima kasih wahai blog.
setia walaupun kadang2 saya lupa kewujudan blog ni.
maaf ye :)

Thursday 28 July 2011

cinta pertama

assalamualaikum.






nak tahu, saya mula-mula kenal dengan cinta ketika umur saya 17 tahun. HAHA lewat ke? agak la kan. dah nak habis sekolah baru kenal cinta. hurm. tak pe lah. kira okay la tu kan. at least saya dapat kotakan pesan mak saye 'tak boleh bercinta mase sekolah'. maksud saya, bukanlah lah lepas habis sekolah tu, saya terus mencari cinta. TAK. saya tak cari pun. cinta tu yang datang sendiri. betul. awak tak percaya?


saya sebenarnya tak tahu yang perasaan yang saya alami ni dinamakan cinta. yelah. kate budak noob. HEE. cerita nya bermula macam ni. saya kenal dengan si Gigi Besi waktu awal persekolahan di sekolah menengah. dari Form 1 lagi. tapi setakat tahu nama je lah waktu tu. masa tu saya rasa mustahil sangat yang saya ni akan berkawan dengan Gigi Besi. even i had a big crush on him seriously. okay cuba awak bayangkan filem Another Cinderella Story lakonan Selena Gomez dengan Drew Seeley. saya ibaratkan diri saya sebagai Marie Santiago (Selena Gomez) dan Gigi Besi sebagai Joey Parker (Drew Seeley).


kenapa? sebab saya cuma pelajar biasa yang tahap IQ nya biasa-biasa dan tahap kekuatan fizikal juga sangat lah biasa-biasa. (somehow, my french marks was higher than my BM's) . tapi Gigi Besi, seorang olahragawan sekolah. for sure lah kekuatan fizikal dia sangat mantap berbanding saya. IQ ? hah kalau nak tahu dia belajar dalam kelas yang pertama dan saya, kelas kedua. saya juga sangat tak dikenali oleh rakan-rakan yang lain kelas, sampai ade yang gelar saya sebagai 'girl next door'. sedangkan Gigi Besi, bukan sahaja satu sekolah kenal dia, malah secret admirer pun tak terkira.  semua golongan ade. batchmates ade, senior ade, junior ade, cikgu pun ade tau tak.


sepanjang persekolahan dari Form 1 sampai lah Form 3, kami tak pernah sekali pun bertegur sapa. masuk Form  4, saya ditakdirkan mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah. tak sangka saya bila tengok slip peperiksaan tu. Macam tak percaya pun ade. sebab keputusan tu bakal membawa perubahan besar dalam hidup saya... perubahan.. iaitu saya ditukarkan ke kelas pertama. Ya Allah. gembira dan gementar saya saat itu. yelah. nak banding kan saya dengan pelajar-pelajar kelas tu, jauh berbatu-batu lah saya dibelakang nampaknye. lagi satu, saya akan bersemuka setiap hari dengan Gigi Besi.


saya sangat bernasib baik sebab saya tak berseorangan disitu. ada kawan baik saya juga. at first, saya okay lah untuk sesuai kan diri bila dapat tempat duduk belakang sekali, hurm memang terbaik lah. tapi... guru kelas waktu tu suruh kami duduk dalam group yang dia sendiri akan tentukan. jantung saya dah start nyanyi lagu rock waktu tu. dan bila diumumkan, memang saya dah agak. saya satu group dengan Gigi Besi. hoho apakah makna semua ini ? apa yang patut saya lakukan ?



.......saya susun meja group saya dalam keadaan gigil....haha kelakar lah bila ingat balik scene yang ni...yelah, Gigi Besi tu dah la hot stuff kat sekolah, yang saya pulak dah ter'crush' pada dia......






**entry dah panjang, nanti continue kat next entry ye**



thank you for reading.

Thursday 21 July 2011

jodoh pertemuan di tangan Tuhan

assalamualaikum.





saya sebenarnye seorang kanak-kanak noob di sekolah dulu. waktu tu, umur saya lebih kurang 12 tahun la. kawan-kawan sekeliling saya hampir semua nya dah berpengalaman dengan what-so-called 'love'. kebanyakannya ada 'couple'. even kawan baik saya sendiri. dah agak-agak bosan dengan Mamat A, tukar pula kepada Mamat B. haih. macam tukar pakaian pulak kan. okay balik pada saya, kanak-kanak noob yang tak tahu langsung apa itu cinta. betul, memang saya tak tahu. bila saya tanya sorang kawan saya ni, couple tu apa? couple tu macam mana? kamu semua cinta orang tu , lepas tu cinta dengan orang lain pulak. is that normal? macam tu ke sebenarnye cinta? nak tahu apa jawapan yang saya dapat? " kau ni noob lah! cinta pun tak tahu. tu lah, ada orang minat kau, kau tak layan. kan dah tak tahu. "


saya tahu lah couple tu pasangan. tapi macam tu ke yang perlu kita semua ni buat bila bercinta? maksud saya, bertukar-tukar pasangan macam kawan-kawan saya tu. bagi saya kalau saya bercinta nanti, saya nak cinta yang tulus, yang ikhlas, dan cinta yang betul-betul dari lubuk hati, yang tak boleh ditukar ganti. tapi saya tahu, kita hanya boleh merancang , Tuhan yang menentukan. sebab , jodoh pertemuan di tangan Tuhan. jadi maaf kan lah kanak-kanak noob ni. dia memang ketinggalan jauh berbatu-batu dibelakang berbanding kawan-kawan yang lain, tapi ketahuilah kanak-kanak noob ni mempunyai hati yang besar, yang tulus,  yang suci, dan khas untuk seorang jejaka yang bertuah satu hari nanti. insyaAllah. 







thank you for reading.

Wednesday 20 July 2011

diri saya yang hidupnya biasa-biasa saje

assalamualaikum





saya seorang gadis biasa yang juga punya impian seperti gadis-gadis lain. macam-macam perkara yang saya inginkan dalam hidup saya. banyak yang saya ingin cuba lakukan. it's normal when a girl wants to go to their 'dream world' contohnya another country. or another places she never been there. saya pun macam tu. banyak tempat yang saya teringin sangat nak pergi. betul. teringin sangat. saya cemburu dengan kawan-kawan yang berpeluang untuk melancong with their family ke tempat-tempat yang boleh dikatakan impian setiap gadis remaja macam saya. saya tak pernah ke luar negara. even nak melancong dalam negara pun susah.


sekarang ni saya cuti semester selama empat bulan. dan apa yang saya lakukan untuk cuti kali ini ? tiada apa yang istimewa. sekadar menghabiskan masa dirumah, doing chores and what so ever. kadang-kadang saya sangat menunggu tibanya family day yang biasanya akan ada rombongan untuk ke tempat-tempat menarik di dalam negara. rombongan tempat kerja mama dan ayah lah. kalau dapat pergi pun saya dah cukup gembira. happy sangat . tapi... family saya family saya pasti takkan turut serta. ayah saya susah nak bawa kami satu family pergi melancong. saya tak mintak pergi tempat jauh-jauh. sekadar ke air terjun Bekok je pun saya tak kisah.


tapi tak pe lah. saya tak kisah tak dapat pergi mane-mane pun. dapat luangkan masa dengan family dirumah pun dah kira bagus. bila tak cuti, tekanan di universiti buat saya betu-betul rasa nak balik rumah. sekarang bila dah ada cuti panjang, saya bersyukur dapat hilangkan tekanan dan berehat cukup-cukup dirumah.


tapi hidup saya tak seindah yang orang bayangkan. ayah saya sangat tegas dalam mendidik anak-anak. kadang-kadang saya rasa tegasnya tak bertempat. minta maaf ayah. saya sebenarnya cukup tertekan bila terus dimarah dan dimaki setiap hari. oleh kerana saya ni seorang yang sensitif, dan mudah tersentuh, setiap kali ayah marah-marah, setiap kali itulah air mata saya mengalir. dari kecil saya lalui keadaan sebegini. saya sabar. tapi sekarang dah dua puluh satu tahun sejak saya dilahirkan, tak pernah saya dibelai manja macam orang lain. yang kami dapat hari-hari, cuma maki hamun dari ayah.


maafkan saya. saya perlu tempat untuk meluahkan. sekali lagi saya minta maaf. walau bagaimanapun, saya tetap sayang ayah saya. tanpa ayah, tak mungkin saya ada di dunia ini. cuma saya perlu lakukan sesuatu untuk terus mengecapi kebahagiaan dalam hari-hari yang saya lalui.




thank you for reading.