Thursday 28 July 2011

cinta pertama

assalamualaikum.






nak tahu, saya mula-mula kenal dengan cinta ketika umur saya 17 tahun. HAHA lewat ke? agak la kan. dah nak habis sekolah baru kenal cinta. hurm. tak pe lah. kira okay la tu kan. at least saya dapat kotakan pesan mak saye 'tak boleh bercinta mase sekolah'. maksud saya, bukanlah lah lepas habis sekolah tu, saya terus mencari cinta. TAK. saya tak cari pun. cinta tu yang datang sendiri. betul. awak tak percaya?


saya sebenarnya tak tahu yang perasaan yang saya alami ni dinamakan cinta. yelah. kate budak noob. HEE. cerita nya bermula macam ni. saya kenal dengan si Gigi Besi waktu awal persekolahan di sekolah menengah. dari Form 1 lagi. tapi setakat tahu nama je lah waktu tu. masa tu saya rasa mustahil sangat yang saya ni akan berkawan dengan Gigi Besi. even i had a big crush on him seriously. okay cuba awak bayangkan filem Another Cinderella Story lakonan Selena Gomez dengan Drew Seeley. saya ibaratkan diri saya sebagai Marie Santiago (Selena Gomez) dan Gigi Besi sebagai Joey Parker (Drew Seeley).


kenapa? sebab saya cuma pelajar biasa yang tahap IQ nya biasa-biasa dan tahap kekuatan fizikal juga sangat lah biasa-biasa. (somehow, my french marks was higher than my BM's) . tapi Gigi Besi, seorang olahragawan sekolah. for sure lah kekuatan fizikal dia sangat mantap berbanding saya. IQ ? hah kalau nak tahu dia belajar dalam kelas yang pertama dan saya, kelas kedua. saya juga sangat tak dikenali oleh rakan-rakan yang lain kelas, sampai ade yang gelar saya sebagai 'girl next door'. sedangkan Gigi Besi, bukan sahaja satu sekolah kenal dia, malah secret admirer pun tak terkira.  semua golongan ade. batchmates ade, senior ade, junior ade, cikgu pun ade tau tak.


sepanjang persekolahan dari Form 1 sampai lah Form 3, kami tak pernah sekali pun bertegur sapa. masuk Form  4, saya ditakdirkan mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah. tak sangka saya bila tengok slip peperiksaan tu. Macam tak percaya pun ade. sebab keputusan tu bakal membawa perubahan besar dalam hidup saya... perubahan.. iaitu saya ditukarkan ke kelas pertama. Ya Allah. gembira dan gementar saya saat itu. yelah. nak banding kan saya dengan pelajar-pelajar kelas tu, jauh berbatu-batu lah saya dibelakang nampaknye. lagi satu, saya akan bersemuka setiap hari dengan Gigi Besi.


saya sangat bernasib baik sebab saya tak berseorangan disitu. ada kawan baik saya juga. at first, saya okay lah untuk sesuai kan diri bila dapat tempat duduk belakang sekali, hurm memang terbaik lah. tapi... guru kelas waktu tu suruh kami duduk dalam group yang dia sendiri akan tentukan. jantung saya dah start nyanyi lagu rock waktu tu. dan bila diumumkan, memang saya dah agak. saya satu group dengan Gigi Besi. hoho apakah makna semua ini ? apa yang patut saya lakukan ?



.......saya susun meja group saya dalam keadaan gigil....haha kelakar lah bila ingat balik scene yang ni...yelah, Gigi Besi tu dah la hot stuff kat sekolah, yang saya pulak dah ter'crush' pada dia......






**entry dah panjang, nanti continue kat next entry ye**



thank you for reading.

No comments:

Post a Comment